Masa kecik dulu:

1. I ingat bila org ckp "i'm cool, i'm cool" tu maknanya dia kesejukan, sebab tu dia pakai baju chicago bulls n seluar baggy. Pastu "i'm hot y'all" tu dia memang kepanasan sebab pakai miniskirt n tube

2. I xtau bhw bila org lelaki bersunat, hanya kulit yg dibuang, bukan potong terus. I ingat anu derang akan tumbuh balik mcm ekor cicak. Maklum la letak kat atas btg pisang kan, ingat kna potong terus la

3. Pernah sekali i ikut my mom p melawat kwn dia yg bernanah puting, so dia xleh susukan baby dia. Dkt hospital tu i ckp 'ayah dia kan ader susu'. My mom ckp org lelaki x mengeluarkan susu. I ckp lagi 'abis puting susu lelaki nak buat apa?'. Soklan itu dijwb dgn pulasan telinga

4. I penyek anggur merah, pastu ramas2 dgn tgn, kononnya nak buat redwine. Pastu siap offer my mom arak buatan sendiri n ckp 'apsal la org jual arak mahal sgt, buat sendiri lagi murah'. Dikurung dlm tandas la jawabnya

5. I pernah tubuhkan rap band dgn Wanie, Aida n Tina ms darjah 4 or 5. Siap berlatih menari tarian 'slide' ke kanan ke kiri, ke depan' tiru gaya 4U2C. Beli jersey Chicago Bulls n gantung cd kat leher

6. Pernah curik duit my mom nak beli kaset Tommy Page

7. I ingat org dlm tv boleh tgk kita yg menonton tv. Sebab tu i selalu pakai elok2 bila menonton tv

8. I pernah lemas di hanyut air banjir. Tp x serik2 main banjir sampai sekarang

9. I frust bila kacang hijau yg i tanam x tumbuh2. Sebab i nak ke langit, nak curik brg2 emas dr gergasi yg dlm 'Jack n the beanstalk'

10. Selalu di ejek makcik sebab berpakaian spt Aishah. Ms tuh Aishah n the fanclub kan glamer. I pakai anting2 besar, lipstik merah, padded blouse, skinny jeans

Fakta atau auta yg tak penting:

11. I'm 5th grade Piano student. I love 'moonlight sonata'

12. I'm a chess player yg selalu kalah bila sampai peringkat daerah

13. My ex bf (skolanyer bf) nama Wan Mohd Ridhwan, bestie dia nama Wan Mohd Riduan. Satu kelas, sama tinggi, sama kurus (penting ke? ahahaha)

14. I pernah nmpk hantu raya, lepas dia rasuk my frenz, i pernah nmpk org minyak ms tgh semayang, i pernah nampak toyol main suis lampu bilik, i nmpk cik langsuir kat kenyir lake lps budak pompuan tgal pad x basuh

15. Akibat kerabunan dan enggan memakai spek ms nak solat magrib, i terlanggar atap zink boat. Telekung semayang jadik merah n parut kat dahi akan mengingatkan i pd peristiwa tu

16. Setiap kali kesejukan atau hujan, jari i yg pernah hampir putus sebab potong ice cream pop ms kecik akan ngilu

17. 3 tahun lepas ke 5 5 jari tgn kanan saya tersepit pintu toilet kereta api. 5 5 jari pecah darah. Kena rendam air panas utk meratakan darah yg pecah, mana ader klinik dlm keta api tuh

18. Saya lulus ujian kelas D n B2 pd hari yg sama dan sekali ujian je. Walaupon saya pakai helmet terbalik. Patutla berat semacam je pala

19. I'm officially a nenek now. I have 2 cucus aledi, n another 1 otw soon

20. Tsunami 2005. I reg at MERCY utk jadi volunteer ke Aceh. Tapi x dipanggil pon, almaklumla dah la rabun, x pandai berenang, ader hati nak g sana, hehe

21. Pernah dianugerahkan 'pelajar wanita plg berani'krn menjaga hostel seorang diri pd waktu malam. Pdhal saya pakai walkman n x pakai spek utk mengelakkan saya mendengar dan melihat apa yg x patut

Kategori about me yg tah pe pe:

22. Selalunya org x paham apa saya ckp sebab selalunya saya x menjwb soklan, atau bila saya suka tukar topik bila2 masa saja

23. Ko nak join SEX? kul bra? Hah, paham ke apa saya ckp tuh. Saya jns suka memendekkan percakapan, jgn ckp saya gatal yer. Maknanya KO NAK JOIN SEKALI TAK? PUKUL BERAPA?

24.Umum tahu, i'm mamicanatic. saya amat fanatik kucing, fabolous cat pon saya suka

25. Sepanjang 7 tahun bermaustatin di kelana jaya ini, i gained 20kgs. Blame the mamaks n fastfood ee, not me okayyy

26. I love to cook, i never sukat or ikut resepi. Asal nmpk menjadi or atleast boleh telan, it's fine to me

27. Rekod plg byk saya makan fresh oyster ialah 10 ketul, bila nak telan ke 11 tu tiba2 laks tingat citer Mr Bean, ewwww

28. Amat suka membaca dan menonton apa saja yg berkaitan dgn alam mistik walaupon saya rasa blairwitch project x menyeramkan

29. Suka membeli buku dan majalah tapi x pernah habis membaca. Kalau habis tu maknanya i ader skip atau baca dgn tiada penghayatan ataupon terus baca chapter finale. My 2009 resolution ialah utk membaca atleast 12 books, maknanya 1 buku/mth, tapi nmpaknya kena bwk resolusi itu ke tahun 2010

30. Mudah bersimpati dgn peminta sedekah. Kalau dia tipu, itu bukan dosa kita yg kena tanggung kan

31. Kalau korang merajuk jgn harap saya pujuk. saya amatlah tdk pandai mengexpresskan kata2 pujuk rayu, madah berhelah segala

32. Saya suka tido, balik keje saya tido, hari cuti saya tido, lepas solat subuh saya tido, dlm surau pon boleh tido

33. Saya suka musik. Semua kategori saya layan, dangdut ke, crazy frog ke, indie ke hindi ke. Walaubagaimanapon saya x ckp yg Raja Azura hebat menyanyi, pls pls pls stick to acting n pengacaraan thingy Kak Engku

34. Saya suka celup henpon. Henpon saya pernah masuk dlm kuah mihun sup, kena air laut pantai Cherating, masuk lubang jamban n latest sekali jatuh dalam air banjir. Saya nak beli henpon military grade kalau saya mampu nanti

35. Saya rasa saya boleh menulis sbegini panjang sebab mata saya sudah terbeliak akibat merenung bulan utk melihat pembentukkan gerhana bulan hr tuh. Lebih baik saya p Tmn Tasik Titiwangsa utk perayaan Chap Goh Meh, leh carik bakal husben iras2 Ekin Cheng kalau
ada

*sila jgn muntah, saje semalam saya bunuhmasa