*short n quick*

Happy New Year

wishing all my friends a splendid new year eve celebration

muah muah

xoxo

Leanna, u rawk babe


Congratss my dear

Straight A for PMR

Kalau type Assss jadik ass laks

*esok update

Update

Insiden 1:

Sum one tanya aku, sape yg dpt PMR lapan A tuh?

Aku ckp kwn aku

Pastu dia ckp 'kawan ko?' sambil buh ikon garu kepala

Aku ckp 'a'aa' kawan aku '

Dia ckp 'kawan ko PMR?'

'Ye la x percaya ke aku kan bdak SPM', aku jwb

'Blah la ko' disusuli ikon garu kepala lagi


Insiden 2:

Tak lama kemudian aku p canang kat osmate aku, 'kawan' aku dapek PMR 8 A

'Kawan ko?' ni xde ikon garu kepala sebab ftf, dia buat muka heran bin ajaib je

'A'aa kwn aku, budak Muar, kenal kat internet' dah letih ni aku nk jwb soklan sama


Aduyaiiiiiiii


Leanna, sori la i perasan i mude,
sori i anggap u dewasa sebab u mmg style matang
bijaksana, adil saksama, cantik jelita


(^;^)

Ader ke wording hysterically ni? lantak laaa



A lot of things happened to me, peoples around me n my friends, seb baik nothing happened to my family, alhamdulillah, kalau my family ader problem jugak, i must admit myself to tanjung rambutan secara rela.



Credit: Scha's facebook

Scha, aku nak jadi gf ko leh tak? Ahahahhhaa


Dah la jiwa raga gelora, ingat g tgk wayang nak release tension la, nak menjerit. Alih2 citer Histeria tuh, macam sial to the max. Aku punya la menat kat Scha, that's y aku nak g tgk movie tu, alih2, very dissapointing. Dah la Cicakman2, Planet Hitam, not as i expected, ingat lagi gempak compared to Cicakman, but very the Yusry berangan wan. Hmmmmm

Movie Histeria tu bukan histeria. Kalau Histeria, semua budak2 kena histeria, ni Liyana Jasmay sekor je yg histeria. Sungguh spoiler buntut keta btol. Bab histeria ni aku tau la serba sedikit, maklumla aku kan pernah skolah berasrama. Aku x penah kena histeria, aku penah nampak makhluk Allah di alam lain jer, but roomate aku penah kena.


Malas la aku nak review psl movie ni, sakit hati wa

Aku rindu giler kat budak ni, bila nak balik kl balik ooooi




Nak citer psl DaVOM, lagi sakit hati. Tah belah mana aku nak dgr, nak caya aku pon xtau. Sedey, geram pon ader. Tapi aku harap semua yg terlibat berdamai la, kan dah nak masuk thn baru. Kena la bukak buku baru. InsyaAllah

Azam tahun baru?

Nanti aku pk pk kan



Side Dishes:

- korang p masuk ni http://piahzadoralagi.blogspot.com/
kawan aku kena kutuk kat Piah ni, alih2 aku pon terlayan sama, sebab blog ni best,
sori Nemo, ko ignore je org mcm Piah tuu

- Kawan aku dikatakn bf kpd Fazli Zainal kat web gosip, yer btol bf, bukan gf
kelaka nak mamposs, of all PLUs kat mesia ni, kwn aku yg digosipkan, ahahahah

iaitu.......

pahit di telan jua



Alwaiz be my baby


Happy 21st birthday Mila

* kenapa aku kecikkan font 'pahit di telan jua'? sebab benda 'pahit' x elok di perbesar besarkan
* wtf, 'pramugara terlampau' tu terlepas hukuman? mcm2
* aku heran la apsal org kecoh2 psl mawi+ekin, ader derang kaco idop korang ker? pelik aku, aku x minat mawi pon


Alert: Sensitif bagi sesetengah orang


Kisah auta (lagi)


Di sebalik rimbunan pokok pokok yg hampir tumbang di lereng bukit Bukit Antarabangsa.

There's a bintarong jadian otw to harvest her sayur sayuran organik utk dijual, maklum la dah jadi janda sebab suami mati dihempap bangunan masa runtuhan kondo Highland Tower dulu.
Hatinya riang x terkira krn hasil nya agak lumayan, boleh la bayar itu ini.
Bila dia tiba di tapak tanaman, dia melihat sesuatu telah memamah hasil tanamannya.
Lalu dia menjerit


B.A.B.I !!!!!!!!!!!!


Sejak dari itu, perkataan 'babi' digunakan utk mengexpresskan kemarahan yg meluap luap

Sekian....



There, my version of asal usul cik bab
Silakan ketuk papan kekunci untuk version anda



Ini bukan bintarong jadian bukan juga cik bab itu, ni kawan saya namanya

Nuurjihan, atau nama komersial nya Konah, dia perserta Raja Lawak,

Astro 2009 sila lah undi..................



Side kick:
- sidekick lak hari ni, sebab saya demam otak beku, emosi terganggu, kepala mengantuk, huhuhuhu
- banyak nyer tempat nak p kenduri, plan plan plan abby
- note to maself: HR dah warning jgn MC, jgn MC, tahun depan baru leh cuti

Selamat Pengantin Baru
CEERA n CIPUT

Weekend lepas memang bz giler. P muzik2 la, p konsert 'pirate of the caribbean la'. Tapi nyempat gak aku g kenduri Ceera.

Walau kami sesat 2jam nak p sana, sampai jugak akhirnya. Huhu
Cuti Awal Muharam ni, ader la satu knduri kat Cheras, mau sesat lagi aku. Waaa
Gambar di celok dr blog Nemo



Lalat2 kat blog Ceera msti jelez tgk gamba ni, sungguh jelita dia, berseri seri, hubby
dia pon nampak cam pahlawan, hehe




(L-R) Kwn Ceera, Sori, i xtau nama blogger tuh, Linda in blue, BFF Ceera, also looks glowing
dat day, gumbira la kwn dah tawen kan, hehe, The Pengantin, Nemo yg panik
bila ramai orang, Yours truly, Coinss yg jahit baju baru semata mata utk ikut
tema, bagus aaaa, hehe
Frienz theme is green, tapi i xde baju kaler ijo, so i pakai la baju yg ader sdkt
kaler ijo, okla tuhhh, rambut i letak tepi sebab i xtau nak style camne
rambut keras wire i tuh, huhu




The very big hepi green family, ni seme x masuk ni, ader lagi yg tertinggal

Banyak lagi gambar kat situ ----> Onal


Bekem - kontrol muka kena flash, Kak Z - beraksi riang krn anak2 di kampung,
Aku - masih weng terlepas bus, Abg J - putrajaya ni mcm obersi la, Zamba - berangan andai
Bayieng ader bersama
Malam ms aku tlepas bus, Abg J kol ajak lepak @ BB tgk liveband pas2 kami
ronda2 ke Putrajaya (sempat lagi)

Banyak citer nak citer, tapi takde mood nak citer, tadi kena marah ke HR sebab aku ponteng selasa n rabu kelmarin. Dia pangey aku masuk bilik dia, aku terkentut sepi laks, aku sendiri bau busuk nak mampos, tapi aku kontrol muka cun x bersalah minta simpati aku x dtg keje sebab 'terlepas bas', sungguhhh wei, memang aku terlepas, bas tu laju sangat, camne aku nak kejor, terlepas la jadinya.
Malam ni sila la terpacak di depan tv3, kul 9pm, untuk menonton muzik2 separuh akhir kategori Pop Rock.
(*;*) Mila si dak kecik bwak dua lagu, ' Aku lebih tahu ' n ' Mila, bila cinta'.

Dia bernasib baik sebab bwk lagu Poprock, blh la dia menyembunyikan perasaan
gementar dgn tarian lincah, tp sora kena kontrol, jgn out. Apapon, love the makeup,
love the hair, overall ok. Kalau x join AJL pon atleast ader pengalaman tu
kira dah menang la


(*:*) 'Yang Pernah' di dendangkan oleh kump Estranged, yg vocalistnyer baru saja said 'I do' weekend lepas, mak jelezzzz wehhhhh, hehe

Lingg saje sabotaj x snap gambo Andy, tau la dia duk belakang, nasib la ko drummer,
sebbaik tinggi, kalau katik xde org nampak
In honour of Rich marriage, i put la his picture walau x nmpk Enha n Andy
Aramaitee (camne eja weh?)



Memang menarik peserta kategori poprock malam ni, sila la berlawan sorak wahai fc fc sekalian. Aku dgn kondifennya mengatakan bahawa Mila n Estranged aku masuk final

Nak tgk gambar reherseal semalam sila la jenguk blog Linggammakanbyk :p

Selamat pengantin baru kpd Celebrity blogger 'Ceera', terima kasih krn mengundang,

akan ku hadiri kenduri kawin mu

Side dishes:

- Reality does bites, bosan dgn keje, x keje x makan, x makan x idop, abistu keje sebab nak makan jer ker?

- Hari ni aku memang kentut sepi jer, sebbaik semalam ms aku borak ngan Andy aku x terlepas, malu sehhhh (tau pon malu)

- A mother shudn't live longer than her kids. But how long she can live? Aku msh belum membs jasa org tua ku T-T





Sebuah kisah auta tapi berfakta.

Nun di bukit Ampang terdpat sepasng suami isteri spesis bintarong jadian. Papa bintarong, si Din berkerja sbg salesman di kedai celak mata di sblh siang, sebelah malam pulak bekerja sebagai pemetik gitar kumpulan bawahtanah, manakala Mama bintarong, si Abby bekerja sbg sukarela di SPCA. Mereka telah lama berkahwin, sebelum AF4 lagi, sekarang ni dah nak masuk AF7, masih tak dikurniakan rezeki. Cakap la apa saja position, top bottom, 69, 69.9, semua derang dah usahakan, tapi masih blom berhasil jgk.


Pada hari Easter yg lepas, mereka pon berdoa kepada 'bulan tersenyum' supaya dikurniakan anak. Sesudah saje Papa Bintarong bangun dari melutut di tepi tingkap, dan Mama bintarong ke dapur memberi makan kucing2 gumukk peliharaan mereka, Papa bintarong terdengar nyanyian sumbang dr luar tingkap..
' itu kamuuu, itu kamuuuuu'
Lalu tercari cari lah Papa bintarong, dari manakah gema bunyi yang tak best itu dan siapakah yang menyanyikan lagu itu, terdetik juga di hati Papa bintarong, ' kalau cantik, leh aku wat bini no 2 '


Tiba tiba muncul lah pari pari cantik dari bintang kejora yg terdapat di aurora, memandang Papa bintarong dengan senyuman menawan, ohh manisnya, manisnya senyumanmu.
Papa Bintarong teramat kaget dan keras kejung kerana tak pernah tengok pari pari in real life, biasa tengok dalam movie jer, macam sinetron 'bawang putih bawang merah'.
Pari pari yg manis menawan itu pon berkata kata




Pari pari Nur: Hamba terdengar tuan hamba dan isteri ingin benar menimang cahayamata?
Papa bintarong: Ya benar, wahai pari pari.
Pari pari Nur: Usah khuatir, pakailah bracelet kulit ajaib ini. Terhangat di pasaran. Gerenti esok tuan hamba dan isteri akan mendapat kabaran gumbira
Papa bintarong: Thanx y'all wahai pari pari, akan ku kenang jasamu
Pari pari Nur pon menghilangkan diri dengan terbang ke awan tinggi balik ke kekawanan dia, tah tah pergi gig si pari pari tuh.









Selang selepas sehari, perut Mama bintarong membesar dengan jayanya.
Suami isteri itupon pergi ke klinik panel berdekatan untuk mengesahkan kehamilan Mama bintarong, bukan boleh caya, sebab perut Mama bintarong tak preggie pon besar jugak. Haha
Doctor Sheik Muszphar millionairetakmengaku mengesahkan yg bahwa mereka akan di kurniakan kembar 3
Inhale exhale, inhale exhale, beranak la Mama bintarong


Anak pertama mereka, Jijie Hormatov










Skill: Memasak makanan barat dan boleh buat kerja walau tido berdiri
Drawback: Sukar membaca peta dan laluan monorel kerana terlampau kondifen





Anak kedua, Rainy Wolv wolv



Skill: Boleh menutup boot kereta walau setinggi mana pon
Drawback: Lemah lutut bila berhdapan dgn 'serigala jadian'









Anak ke 3, anak bongsu, King pie Mohar









Skill: Boleh melakonkan watak Forrest Gump tanpa disuruh
Drawback: Bila dah panjat tak pandai turun, atau bila dah datang, tak pandai balik







Masa pon berlalu, tibalah ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 100.

Mereka pon 'lempar/throw' a party at KL Tower.

Party bukan sebarang party, siap ader ticket lagi



Party ni semua kena Levi's kecuali Mama bintarong sebab dia diva

Band bawahtanah Papa bintarong menyanyikan 4 buah lagu yg terdpt dalam album terbaru mereka.
Deeja voodoo spell, band jemputan memeriahkan party dgn mendendangkan
lagu Queen - Bohemian Rhapsody & lagu tema Doraemon
Pari pari Nur, Mama bintarong, Jijie Hormatov bercamwhore
Party itu berjalan dengan lancar, walau ada hadirin dan hadirat yg kemabukan, maklumla party ditaja oleh 'Harimau/Tiger' dan Carlsberg.
Untuk meng 'cutshortkanstory' kerana penulis amat kesibukan
So, they live happily ever after.
Sila la lihat 'familypotrait' dibwh

The fab family with Mama bintarong n Pari pari Nur

The fab family wit Papa bintarong & Jiran sblh umah yg ader gitar warna merah & Pari pari Nur

Side dishes:
- Stay tune for aksi anak anak bintarong di semifinal muzik muzik kategori poprock dan konsert twisties akan dtg
- Bintarong itu adalah nama melayu Racoon
- Papa bintarong memang benar memiliki bintarong, tapi dah RIP
- wtf la with dis alingment, x mcm masa aku type bila publish, siall

a guitar?

an amp?

tali gitar?

cake bentuk gitar?

hot groupie?


aku rasa sama mcm kite jugak

' semoga panjang umur, murah rezeki'


(^ ; ^)



Enha, DOB 3dec82
Pemetik gitar kugiran Estranged (skema gile bila dibahasamelayu kan)
x perlu gambar clear, dia kan pemalu :p


Bz nak mampos, nak belog pon xleh concentrate


Tapi sempat la aku nak wish dak pemalu melampau nih



~~~ Happy 26th Birthday~~~~~
Dengan ucapan
- Goodluck in ur coming xm, buat assiment jgn tiru kwn, plagiarised sajork
- Berlatih berckp seorang diri di hadapan cermin, anda terlalu pemalu, sampai saya terkunci mulut, nak ckp psl apa pon tatau
- Jgn simpan rambut panjang mcm VC choc syrup tuh, x snonoh, mcm MatPit tersepit
- Tulun kaler gitar awak kpd kaler itam, sebab ader org tu beli gitar sama ngan awak, yg beza dia kaler merah awak kaler itam
- Tulun inbait kwn saya yg beli gitar sama macam awak tuh ke bday party awak, tahun lepas awak inbait Acha Septriasa, tahun ni awak jimat sebab kawan saya menum coke saje :p
- Kalau awak ader 'borang' utk di isi, position 'teman seumur idop' sila bgtau saya, nanti saya pass kat kawan saya yg minum coke tu :p
Sekian saja ucapan saya... (macam la dia baca belog aku ni kan)
Side dish:
- Shilpe Lee is no longer a prostitute - leh caya ker nih?




.............. tu kata kata kawan lelaki aku yg selalu aku suh jadi driver bawak aku g pavillion la, the curve la, OU la, sunway la, mcm2 tempat lagi :p


It's not just me yg gilakan sale kan. Macam semut dengan gula. Mana ader gula situla ader semut. Nak nak lak kalau gula tu terpampang depan mata,pastu senang nak gapai. Semut mana x keruan kan...


Tapi kenapa musim 'sale' ni dtg masa kita semua kekurangan duit. Pastu byk event plak nak kena kita hadiri. Mcm sekarang ni, isnin depan nak raya korban, pastu every weekend bulan ni penuh dengan jemputan ke majlis perkahwinan. Tak pergi kenduri org x baik la kawan, nanti sok ko kawin, ko sanding n makan la berdua dgn laki ko, pastu ko basuh la pantat koli yg itam tuh, alih2 malam pertama ko dua dua pakai kain sarung je, bukan sebab bertenet di mlm pertama tapi tido berkemban je akibat keletihan.


Tapi btol ke musim sale ni betul2 sale?


Jgn tertipu pulak dek ghairah n rambang mata memandang tag tag sale


70% sini, 80% sana, 50% situ, buy 1 free 1 rata rata


Kalau diperhatikan, byk kedai offer discount 70% n 80%. Dah x main dah disount 10,20 % neh. Dulu2 masa sebelum musim 'sale', jgn harap la deknon nak tgk kedai offer disount lebih dr tuh. Takkan ko g metrojaya, ko g harvey norman ko nak tawar mcm ko beli kain kat rantau panjang, 'sepuloh ya duo laaa/rm10 dua helai', ko hengat kedai tu mak laki tiri bini sepupu ko punya, bikin malu sama kompeni summore, hikss


Hari ni masa lunch aku restrict myself dr membelek paper the star. Jgn baca paper tuh, evil paper tau. Banyak sgt 'sale' yg ko boleh berpinar mata tgk. Apa yg x sale, seluar dalam pakai buang 77sen je, iyeee aku tak tipuuu, kat watson tuu, selipar jepun rm1 jer, perabot jati satu set, u can get it at only rm199, heater shower tuh rm29.99, dan mcm mcm lagi laaaa


Itu yg kat paper, yg paperless pulak mcm kat blogspot, facebook, web xyah ckp la. Saper la tak tempted tengok baju cantik, aksesori cute cute, nak nak musim 'sale' ni , delivery foc plak. Dr nak beli satu rantai p beli dua rantai, dari nak beli rantai p beli belt lak, dari nak beli belt, nak p 2ndhand Gucci nyer wallet laks, alih2 wallet ko yg berlubang.


Tapi xpe, bab kata org, biar papee asal bergayeee


Laz week aku punya la nak kejar brg 10sen kat Giant Kota Damansara, alih2 aku p sana, ber sensen kali berpuloh puloh sen punya barang. Barang 10sen dah abesss, 3000 unit jer. Kata 'Opening', bikin waa pening ader la, harga barang mcm biasa saje, cehhh tipah tertipu. Nak salahkan sape, salahkan Giant? Salahkan la nafesuu


Tapi musim 'sale' ni musim terbaik utk membeli brg2 'hantaran', sebab kebanyakan nyer menawarkan 'freebies'. Laz saturday, my osmate bought Lancome Perfume Set, dpt mcm2, dpt beg makeup, dpt lipgloss, dpt miniature, kalau dinilai dgn harga, mau dekat ratus jugak, ni la baru org ckp alah membeli menang memakai. Btoi ke pepatah tuh, lantak laaa


Untuk ibu bapa yg anak anak nak naik skolah bulan Januari nih, nak xnak kena la beli keperluan sekolah. Aku ingat dulu, every year aku beli pencil box, bag skolah, pensil, apa apa jer la, serba baru. Kalau Bag skolah, nak brand Hi Top, xpon Poly Pac, xnak kalah ni ngan kengkawan. Kalau Pencil Box laks, nak yg 3tingkat, x main aa satu tingkat, setakat boleh isi pensil 2B sebatang jer apa barang. Pastu kartun pon kena gempak, Gummybear ker, Satria baja itam ker, Power Rangers ker. Apa jadi ngan barang2 aku yg tahun sebelumnya, Umi aku sedekah kat keluarga yg kurang berkemampuan. Aku x marah pon kat Umi aku, aku lagi sonok ader la, dpt barang baru katakan. Hehe


Penah kena tipu tak masa 'sale' ni? Aku rs penah kot. Bukan kena tipu kat kedai tuh, tapi kena tipu oleh kebodohan diri sendiri.


Ader satu masa tuh, aku excited gile tgk BUM Equipment nyer wallet ader disount 50%. Harga b4 slash rm120++, so lepas disc jadik rm60++. Aku pon beli la. Sampai umah aku duk belek wallet tuh, aku terbaca majalah apa tah, remaja kot, aku tgk harga asal wallet tuh memang rm60++, not dat exact wallet la tapi ader rupa la ngan wallet aku. Ciss, Chihuahua tol. Tertipah tertipu waaa. Aiskhhh


Aku ni asek bercakap psl 'sale'. Aderkah aku very the shopaholic? no laa. Yg rm1, yg rm5 aku beli la, lebih dr tuh mintak mahap la.. Banyak lagi duit aku nak kena salurr


Thanx god dat i'm not slim n skinny, kalau x, sure aku boleh bukak butik ngan baju baju yg aku beli


Thanx god aku tak banyak duit, sure kaya raya tokei kedai


Credit: The God is smiling

1 dec 2008, around 8.30 pm

Occured once in a lifetime, n i missed it :(

pst: Kengkawan, kalau ader clearence sale tu habaq noo, hehe (iskhhh x serik serik)


Side dishes:


- i suppose to belog bout Levi's Party, later laaa

- aku terlepas la melihat 'bulan tersenyum' semalam, thanx god ader teknologi iaitu internet yang membolehkan aku men'view' gambar itu :)

apakah maksud tersirat di sebalik itu? bagi aku, sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyang kan....

- sakit hatikan baca entry aku yg sebelum ni, aku ponnnn :p