Assalamualaikum wbt
Ahkak tgh pk alasan utk blah dr opis nih, ahkak nak ke Pop Shuvit album launch kat Hard Rock Cafe KL, start kul 3pm. Hurmmm, apa ek, alasan nak bg. Nak pk pon xleh, mcd ahkak order x sampai2 lagi, nak pitam dah ni, lapooo, x makan agi ini hari. Lembap tul la mcd delivery nih, iklan je hebat



Dah lama x blog ek, diary AF pon dah lama x tgk, kalau bangun kul 5am leh aaa tgk, tapi baik aku tido la. Huhu


Sabtu lepas aku, Lingg n Beck g Port Dickson. Mila ader show konsert Pancaindera anjuran Mingguan Malaysia + SuriaFm + Majlis tindakan pelancongan N9. Dia nyanyi lagu 'Janji manismu' by Aishah n 'Mila bila cinta'. Best la emcee konsert tuh, Roslan Shah n Haiza, memang gamat abess la, tak rugi pangey Roslan Shah, dia mmg pandai tackle crowd.


Sementara nak tunggu Konsert tu start kul 9pm, kami g Ostrich Farm. Wahuhuhu. 1st time neh kasi makan burung unta. Kena patuk kat dia masa makan tuh, sakit la jugak. Burung unta makan dedak jagung n buah belimbing, sbelum kami kasi makan, kami tryyy dulu. Dah lama x makan belimbing, masam pon tidak, manis pon tidak. Beck n Ling langsung x guna tangan derang bg makan, apadaaaaa penakut. Kiterorg menjerit mcm hapaaa tah, abis gamatt ladang tuh dek keteriakkan kami. Ulu toll, taknah jmpa burung unta, hah memang pon kannnn, kan janet kan, kan kan

Kat Pantai Cahaya Negeri tuh, Supergurls from
Helizafc join kami. Da Vom n Supergurls ni cam adik beradik pon ado.

Balik dr PD kul 3pagi kot, dlm keta kami kol Zam, wish him Hepi buffday n nyanyi cam setan sekuat hati dlam keta, wakakaka, terok tulll

Esoknya, 14th April, Buffday Eka adik Mila, Mila bawak family dia g makan2 sempena buffday Eka. So masa kami wat suprise buffday party tu Zam aka Venom, Mila n family x dpt join.

Aku tempah kek dr King's Confectionary kat Giant, atas kek tu tulis ' 33 tahun, tak tua sangat' , wakakaka, bagosss punyeerr ayat. Kami celebrate buffday Zam kat faveret hang out place we olls, mana lagi kalau bukan Old town white coffee kan
Okla gtg, kantoi ngan boss, aku duk karang blog, tapi dia x marah, dia tenyummm jer

0 comments: